Wednesday 29 May 2013

Casting bawah jambatan (23 May 2013)

Penuh semangat untuk trip kali ini kerana tidak sabar menggunakan lure baru yang telah dibeli pada minggu lepas iaitu ofmer dan cultiva mira shad.lure di 'rekomen'kan oleh otai caster bawah jambatan...di samping itu juga ingin mencuba lure sure catch dan seahawk..

Pilihan tiang untuk kali ini ialah tiang no 2 dari penang.

Sessi utk cultiva mira shad memang best...dengan karauan yang perlahan dan tenggelam sehingga terasa batu di bawah ketika mengarau.oleh itu dapatlah hasil kerapu size 'comel' semasa air laju menghala ke feri.

Namun yang paling berjaya ialah lure seahawk kerana dapat memerangkap 3 ekor kerapu dan terbesar ialah saiz 850 gram...ini ialah kerapu terbesar saya setakat ini...
Ianya jenis terapung namun tenggelam dengan perlahan2 dan amatlah sesuai sangat.kelebihannya juga ianya tidak mudah sangkut pada batu.....

Trip ini juga menerima kejutan kerana ahli baru yang pertama kali casting dapat merasa tarikan ganas kerapu sehinggakan tercabut mata tiga bersama2 dengan ring pada lure..ikan berjaya meloloskan diri....dia juga dapat seekor kerapu bersaiz comel...jadilah untuk ahli baru yang me'masin'kan diri.

Abg ipar pula dapat merasa tarikan alu2 yg dianggarkan bersaiz 3 kilo namun terlucut setelah dua tiga kali ikan memecut keluar...sayang hanya menunggu untuk digancu sahaja....namun masih ada penyeri 3 ekor kerapu saiz comel-comel.

No comments:

Post a Comment