Tuesday 14 May 2013

barracuda with berkley soft plastic and ofmer read head

09 may 2013-trip casting jambatan..

Trip casting bawah jambatan yang telah di rancang dengan abang ipar.sampai agak lewat dalam pukul 8 malam.call pak hashim utk arrange bot....pak hashim pass kat mamat cina..tak pernah naik lagi ngan dia ni..diberitahu yang bot akan bertolak dalam pukul 9 sebab menunggu lagi 3 orang pemancing yang akan tumpang naik bot sekali..

Pukul 9 naik bot dan mamat cina ni mula menunjukkan sikap sedikit kurang ajar...dengan suka suki dia aja naikkan harga bot dari rm20 ke rm25...alasannya jauh....pulak dah...dan bermacam2 lagi alasan untuk menyokong kenaikan harga dia.kami lak bukannya sekali dua turun mancing tiang tengah ni.....dah bertahun2 dah...ini kali pertama nk kena rm25...abg ipaq aku 'panas' lah.setelah bertengang lidah...last2 je keluarlah ayat...'la nie ikut suka hanglah nk cas brapa....janji hg hantaq sudah'...

Ok cukup untuk itu....

Pasai mengai lak..naik tiang jambatan tambak batu no 4 kira dari penang.

Aiq pasang surut seperti di bawah.
*tambah satu jam kerana perbezaan lokasi.


banyak gewang yang digunakan namun 2 gewang ini menghasilkan tangkapan untuk malam itu..

Berkley havoc 10cm+jig head 1/8oz saiz mata kail 2.0.



Hasilnya barracuda bersaiz 3 kilo..


Soft plastic lepas kena hentam..rugi2..


Dan yang ini pula ofmer red head..


Hasilnya..barracuda 3.5 kgs.



Teknik casting ialah karauan dan sentakan perlahan.







No comments:

Post a Comment